Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Setiausaha Agung FAM, AFC ambil alih sementara pentadbiran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Difahamkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan memantau sementara pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti laporan sebelum ini untuk tempoh tertentu selepas ke semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela telah meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, termasuk Bendahari FAM serta Ketua-Ketua Jabatan FAM akan mengurus segala tadbir urus serta persiapan pemilihan akan datang.

Advertisement

Menurut tinjauan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, buat masa ini, urus tadbir FAM akan dikelolakan oleh Setiausaha Agung, Bendahari sambil dibantu Ketua-ketua Jabatan FAM.

Salah satu inti pati peletakan jawatan exco FAM sebentar tadi;

Menyediakan ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC untuk bebas menilai, meneliti dan jika perlu, menangani perkara-perkara berkaitan tadbir urus serta hal ehwal pentadbiran FAM.

FAM dalam masa sama sedang mengadakan sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Kali Ke-5 FAM bagi penggal 2025–2029 dan berita lanjut menyusul menerusi wartawan Nadi Arena yang berada di lokasi...

Must Watch Video