Skip to main content

Golf

Tragis! Pemain golf meningkat naik maut disambar petir

Tragis! Pemain golf meningkat naik maut disambar petir
Advertisement

Dunia golf Thailand diselubungi kesedihan selepas pemain muda berusia 15 tahun, Ayawarin Pradabyat, meninggal dunia semalam selepas disambar petir ketika menyertai satu kejohanan di wilayah Chachoengsao, Ahad lalu.

Ayawarin, yang lebih mesra dikenali sebagai Aya, menghembuskan nafas terakhir di hospital selepas bertarung nyawa susulan insiden berkenaan.

Advertisement

Ibunya, Natcha Pradabyat, mengesahkan berita pemergian anaknya menerusi Facebook, selain mendedahkan jantung Aya terhenti hampir sejam selepas kejadian sebelum pasukan perubatan berjaya melakukan resusitasi.

Bagaimanapun, keadaan pemain muda itu kekal kritikal dan memerlukan beberapa prosedur resusitasi sepanjang malam.

Advertisement

Menurut keluarga, Aya terus menerima bantuan sokongan hayat sementara menunggu kepulangan bapanya yang ketika itu bekerja di Myanmar.

Bapanya tiba di hospital sebelum Aya meninggal dunia pada pagi Isnin, tidak lama selepas berpeluang memberikan ucapan terakhir buat anak tersayang.

“Tiada ibu bapa yang sanggup melepaskan anak mereka. Namun, jika terus bertahan hanya akan menambahkan penderitaan anak yang kami sayangi, kami perlu membiarkannya pergi dengan tenang.

“Kamu sudah berjuang dengan begitu kuat, Aya sayang. Berehatlah dengan tenang, sayangku,” tulis Natcha.

Sementara itu, ibunya turut menyeru pihak pengurusan padang golf dan penganjur kejohanan supaya memperketat langkah keselamatan serta menyediakan prosedur tindak balas kecemasan yang lebih pantas bagi menghadapi situasi seumpama itu.

Nenek Aya, Aphorn Pradabyat, pula mempersoalkan keputusan membenarkan kejohanan diteruskan meskipun cuaca ketika itu dilanda ribut.

Menurutnya, petir sudah menyambar kawasan berkenaan sebanyak dua kali pada petang Ahad, namun pertandingan tidak dihentikan.

Ketika insiden berlaku, Aya berada di kawasan lubang ke-11 bersama peserta lain serta petugas sokongan.

Aphorn turut mempersoalkan sama ada jadual kejohanan menjadi pertimbangan untuk meneruskan permainan, namun setakat ini belum ada maklum balas rasmi daripada pihak padang golf atau penganjur berhubung dakwaan tersebut.

Aya mula bermain golf ketika berusia sekitar lima atau enam tahun dan dianggap antara prospek muda yang sedang meningkat naik di rantau berkenaan.

Pada Mac 2026, beliau muncul juara kategori perempuan Kelas B pada pusingan pembukaan Junior Asian Tour di Rayong Green Valley Country Club.

Terbaharu, pada September lalu, Aya menduduki tempat kelima kategori perempuan Super GENZ bawah 15 hingga 18 tahun dalam Bangchak Champions Cup selepas mengumpulkan 222 pukulan menerusi tiga pusingan.

Dia turut mewakili wilayahnya dalam pelbagai kejohanan dan sedang dipertimbangkan untuk mengisi slot pemain simpanan pasukan golf Chon Buri sebelum tragedi itu berlaku.

Pemergian Aya bukan sahaja satu kehilangan besar buat keluarganya, malah turut meragut masa depan seorang bakat muda yang sedang membina nama dalam sukan golf Thailand.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video