Satu kejadian ngeri dalam bola sepak Sepanyol apabila pemain Sabadell, Quadri Liameed, rebah tidak sedarkan diri selepas menerima sepakan deras di bahagian kepala semasa perlawanan menentang Albacete.
Cubaan Liameed untuk menanduk bola bertukar tragedi apabila Jose Corpas dalam masa sama melakukan sepakan voli, namun terkena kepada Liameed sekali gus terlantar di atas padang, dan rakan sepasukan menjerit meminta bantuan kecemasan.
Corpas dilayangkan kad merah akibat kemalangan berbahaya itu, walaupun berlaku secara tidak sengaja.
Ambulan diarah masuk segera bagi memberikan pertolongan cemas, dan terus membawa pemain terbabi ke hospital.
🚨 𝗡𝗘𝗪: HORRIFYING scenes in Spanish football as Sabadell player Quadri Liameed was KNOCKED UNCONSCIOUS after receiving a BRUTAL KICK TO THE HEAD during a match against Albacete! The incident happened just before half-time when Liameed attempted to head the ball while Albacete's José Corpas went for a volley. Liameed won the header but was struck in the HEAD by Corpas' swinging boot, immediately collapsing to the ground. Medical staff RUSHED onto the pitch before an AMBULANCE was brought onto the field to transport him to hospital. Corpas was shown a STRAIGHT RED CARD for the dangerous challenge, which appeared to be accidental.
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) November 1, 2026
Dalam perlawanan itu, Albacete meraih kemenangan 2-1 ke atas Sabadell.
Situasi itu sama seperti kejadian penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo Da Silva, yang turut mengalami kecederaan serius di kepala hasil sepakan akrobatik Ali Majrashi yang mengenai kepala Jairo dalam suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Al-Ahli musim lalu.