Skuad sepak takraw negara akan menghadapi Vietnam dalam final acara antara regu Sukan SEA Thailand 2025 di Nakhon Pathom sebentar nanti.
Selepas menamatkan kemarau 34 tahun menewaskan Thailand dalam penentuan emas acara regu berpasukan hujung minggu lalu, skuad negara diharap dapat meneruskan kecemerlangan itu dengan satu lagi kilauan emas.
Advertisement
Mampukah pasukan bimbingan Ahmad Jais Baharom itu melengkapkan kejayaan dalam pertembungan kali ini.
Siaran Langsung & Live Streaming Malaysia vs Vietnam (Final Regu)
Tarikh: 20 Disember 2025
Tempat: Stadium Gimnasium Nakhon Pathom
Masa: Bermula jam 2.00 petang
Saksikan perebutan pingat emas acara sepak takraw regu lelaki Sukan SEA 2025 secara langsung dalam Pentas Tumpuan di Astro Arena HD saluran 801 bermula jam 2.00 petang ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.