Selangor difahamkan bakal membawa masuk pemain kelahiran Perancis, Mahame Siby, bagi memperkuatkan jentera pasukan itu dalam baki kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26.
Bekas pemain antarabangsa Mali yang beraksi di posisi tengah itu sebelum ini beraksi buat pasukan Malmo dalam saingan Liga Sweden sebelum terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.
Advertisement
Selepas KPG, Selangor dijangka umumkan import baru iaitu pemain tengah dari Perancis Mahame Siby. 🇫🇷✍️@ASTROARENA pic.twitter.com/OSMLWMOaXg
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 5, 2026
Malah, pemain yang berketinggian 1.92cm itu turut pernah beraksi di Ligue 1 Bersama pasukan Bastia (2004), Strasbourg (2001) dan Paris FC (2022).
Selepas pengumuman jurulatih baru iaitu Kim Pan-gon yang bakal mengemudi The Red Giants, kehadiran tonggak import baru semestinya bakal menjadi tonik tambahan buat Selangor.
Untuk rekod, Selangor setakat ini Zach Clough, Willian Lira dan Kevin Deeromram telah meninggalkan pasukan musim ini.