Selangor menghantar aduan rasmi berhubung prestasi pengadil perlawanan ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, Sabtu lalu.
Selepas penilaian, Selangor menuntut penjelasan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap beberapa keputusan pengadil, lebih-lebih lagi membabitkan dua jaringan yang dibatalkan dalam pertemuan kedua suku akhir Piala Malaysia itu.
Advertisement
Selangor mara ke separuh akhir dengan agregat 6-1 dan akan menghadapi Kuching City.
