Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Terengganu mulakan cabaran dengan rentak bercampur

Terengganu

Skuad ragbi Terengganu membuka kempen Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 dengan keputusan bercampur apabila pasukan wanita mencatat kemenangan dan seri, manakala skuad lelaki merekodkan satu kemenangan sebelum tewas kepada Kedah pada hari pertama saingan.

Pasukan wanita terlebih dahulu membuka tirai dengan kemenangan bergaya 22-0 ke atas Kedah dalam aksi pembukaan, sebelum terikat 10-10 dengan Johor dalam perlawanan kedua buat pasukan sekali gus melabuhkan tirai saingan untuk hari pertama ini.

Ketua jurulatih wanita Terengganu, Mohammad Nasharudin Ismail, menjangkakan saingan lebih sengit pada aksi terakhir peringkat kumpulan untuk bertemu Sabah nanti.

"Bukan satu situasi yang selesa untuk bermula dan hanya berbaki satu lagi perlawanan untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan ini. Sabah juga mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan, sudah tentu setiap pasukan perlu menang untuk mara ke penentuan akhir pada Sabtu ini," ujarnya.

Bagi skuad lelaki pula, Terengganu memulakan kempen dengan kemenangan tipis 12-10 ke atas Pulau Pinang. Namun, momentum itu tidak dapat dikekalkan apabila mereka kemudiannya tunduk 7-24 kepada Kedah dalam aksi berikutnya.

Kekalahan berkenaan menyaksikan skuad lelaki Terengganu menutup hari pertama dengan satu kemenangan dan satu kekalahan, situasi ini memberi cabaran lebih sengit yang perlu ditempuhi pada saingan hari kedua peringkat kumpulan nanti.

Pada perlawanan pembukaan sebanyak 24 perlawanan melibatkan pasukan lelaki dan wanita dan baki 12 lagi perlawanan peringkat kumpulan dijadualkan berlangsung pada hari kedua pertandingan bermula pada jam 0300 petang Jumaat ini.

Seterusnya aksi penentuan kalah mati peringkat suku akhir bermula pada Sabtu sebelum melabuhkan tirai dengan penentuan kejuaraan edisi kali ini pada Ahad nanti di mana ke semua perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video