Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Rekod kejohanan terus tumbang, Olahraga negara di landasan tepat

danish

Dalam sukan olahraga, sudah kebiasaan untuk sesuatu rekod acara itu bertahan lama sehingga lebih dua dekad. Menariknya di SUKMA Selangor 2026 kali ini, generasi baru mula memadamkan rekod tersebut satu demi satu.

Ini jelas menunjukkan petanda bahawa olahraga negara semakin menuju ke arah yang betul. Ditambah lagi dengan beberapa kejayaan di Auburn yang kita dengar baru baru ini melibatkan raja pecut negara, Azeem Fahmi dan kini, diteruskan oleh atlit muda di SUKMA.

Lebih menarik, ianya bukan hanya datang dari acara pecut, tetapi turut melibatkan acara berganti ganti, lari berpagar dan padang. Antara yang paling menyerlah sudah pasti, raja pecut SUKMA—Danish Iftikhar yang melengkapkan hatrik 3 emas dalam 3 acara yang disertainya.

Dalam acara riben biru, Danish lakukan catatan musim terbaiknya dengan 10.27 saat, tetapi semuanya sempurna buat atlit berusia 19 tahun itu untuk sapu bersih 2 acara selepas itu iaitu 4x100m (39.49 saat) dan 200m dengan catatan masa 20.85 saat sekaligus memecahkan kedua dua rekod temasya tersebut. Dengan tiga emas dan rekod, kini namanya antara yang dicanang sebagai Olahragawan temasya.

Di acara padang pula, rekod 26 tahun acara rejam lembing juga berjaya dileburkan atlit kelahiran Johor, Chai Kali Le dengan rejaman sejauh 64.44 meter untuk pingat emas. Sementara itu,

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video