Lebih teruk, ia melibatkan keluarga, isteri dan ibu tercinta.
Satu lagi situasi bola sepak menggoncang dunia apabila seluruh pasukan diugut dan membahayakan keselamatan semua pemain sehingga jurulatih terpaksa mengadakan sidang media memberitahu situasi terkini.
Penjaga gol kelab Bolivia dari Guabira, Manuel Ferrel, mendedahkan kepada umum bahawa dia menerima ugutan bunuh dan ia merisaukan jurulatih dan pihak pengurusan.
Ferrel diminta untuk membayar sejumlah wang jaminan atau membiarkan gawangnya dibolosi tiga gol.
🚨 HALLUCINANT ce qu'il s'est passé en Bolivie ! 🇧🇴😳
Avant le match face à Always Ready, le gardien de Guabirá Manuel Ferrel aurait reçu des MENACES DE MORT et l'a annoncé en conférence de presse ! ☠️
Selon son entraîneur, il devait payer une ÉNORME somme d'argent ou laisser…— Instant Foot ⚽️ (@lnstantFoot) September 14, 2026
Demi menyelamatkan keluarga tersayang, Ferrel membenarkan gawangnya dibolosi dan meminta untuk membuat pertukaran akibat tekanan yang dihadapi.
Guabira kemudiannya tewas 0-6 di tangan tempat kedua liga, Always Ready.