Pasukan bola sepak wanita Selangor memulakan kempen Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 dengan langkah kanan apabila membenam Wilayah Persekutuan 7-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) malam tadi.
Tuan rumah yang kebanyakan dibarisi pemain kelab bola sepak wanita Selangor menjadi tunjang utama skuad kendalian Osmero Omaro mencipta satu lagi kejuaraan edisi kali ini.
Bintang warisan negara Malaysia-Amerika Sayrikat (AS), Tegen Butler, yang mewakili Malayan Tigress dalam Piala AFF baru-baru ini turut memperkuat juara bertahan, selain Qaseh Rania Najib yang ketika ini berkelana di luar negara turut diturunkan dalam aksi semalam.
Selepas ini, Selangor akan bertemu Sabah dalam perlawanan Kumpulan A bagi halangan seterusnya sebelum menempah tiket ke pusingan seterusnya.