Skip to main content

Permotoran

Filem Terbang bawa tema 'Ini Cerita Kita'

terbang.

'Ini Cerita Kita' menjadi slogan filem 'Terbang', sebuah filem yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda permotoran negara, Karamjit Singh, dalam menjadi pelumba rali Asia pertama muncul juara dunia PWRC pada 2002.

Pengarah filem, Chiu Keng Guan, berkata filem itu bukan sahaja berkisarkan tentang kejayaan seorang legenda rali, tetapi ia lebih kepada penceritaan mengenai pengorbanan sebuah pasukan yang sama-sama berusaha untuk mencapai yang mustahil.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai rali sebelum saya buat filem terbang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Sewaktu saya sedang melakukan kajian, apa yang menarik hati saya ialah bagaimana seseorang boleh hidup dengan kelajuan 180km/j dalam keretanya.

"Bagaimana dua orang ini boleh bekerjasama dan duduk bersebelahan dan percaya sesama mereka. Ia menginspirasikan saya untuk membuat filem ini.

"Adakalanya semangat berpasukan hanya di mulut tetapi apabila anda meletakkan dua lelaki dalam sebuah kereta selaju itu, mereka bagaikan dua orang menjadi satu.

"Ia memberikan saya inspirasi dan saya rasakan rali sesuatu yang amat unik."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement