Banyak cerita menarik sejak Sukma Selangor 2026 bermula secara rasmi, Sabtu lalu.
Daripada persaingan sengit rebut kedudukan pendahulu pingat keseluruhan yang kekal milik Selangor kepada deretan rekod temasya dipecahkan di beberapa venue, hingga kepada kisah lucu pengalaman bertugas.
Wartawan Astro Arena, Kamal Nizam yang buat penampilan sulung liputan Sukma berpegang teguh kepada pesanan senior untuk tidak mengganggu aksi acara badminton.
Ketika lintas langsung What’s Up Selangor 1 tengah hari di Astro Arena saluran 801, Kamal terpaksa berbisik ketika menjawab soalan host hingga mengundang persoalan kepada host, Dayang Zainatull Aqma Abang Zulkarnain.
“Saya terpaksa bercakap perlahan untuk tidak mengganggu pemain,” kata Nizam.
Situasi mencuit hati apabila Dayang turut berbisik ketika bertanya soalan.
Ini pastinya pengalaman berharga kepada Kamal ketika senior sudah membuat liputan kejohanan lebih besar seperti Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.
Teruskan sokongan kepada atlet kesayangan anda sepanjang siaran langsung Sukma Selangor 2026 di Astro Arena 801 bermula jam 1 hingga 7 petang hingga 24 Ogos ini.