Jurulatih Laos, Vladica Grujic, berkongsikan pandangannya mengenai kekuatan skuad Harimau Malaya berbanding pasukannnya yang terpaksa akur tewas 0-4 di Cheras, malam tadi.
Anak buah Tan Cheng Hoe kini mengungguli saingain Kumpulan B, saingan Piala Hyundai ASEAN 2026 dengan enam mata selepas melakar dua kemenangan.
"Saya fikir kelebihan Malaysia ialah macam saya kata pemain bola sepak profesional. Jadi, pada 20 minit terakhir, anda boleh lihat kita dibolosi dua gol dan itu sangat berbeza. Mereka (kuat) berlari.
"Mereka bermain dengan kuat dan pantas, kerap menguji benteng saya. Ia satu perkara yang merbahaya dan memberi tekanan (kepada benteng Laos) setiap kali (mereka datang).
"Pemain berbeza, bila mereka datang, mereka sentiasa berada di belakang pemain pertahanan. Amat mudah untuk bermain dengan pantas menentang pemain pertahanan dan menolak bola ke dalam jaring. Mereka membuat serangan yang bagus." katanya seperti dipetik MakanBola.
Untuk rekod, skuad negara akan berdepan Thailand di Stadium Rajamangala, Thailand pada pada 1 Ogos nanti.