Skip to main content

Badminton

'Saya mahu lahirkan juara, pemain badminton nombor satu dunia'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Hartono

Jurulatih perseorangan lelaki senior negara, Harry Hartono, optimis melahirkan juara dunia ataupun pemain nombor satu dunia bakal di kalangan Malaysia.

Pengendali kelahiran Indonesia itu menyatakan kesiapsiagaanya untuk menyahut cabaran bagi menghidupkan semula prestasi skuad perseorangan lelaki negara di peringkat antarabangsa.

Advertisement

Selepas melapor diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini, dia terus memantau sesi latihan pertama bersama pasukan yang berlangsung dengan positif.

"Apa yang membuatkan saya bergabung bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah mendahagakan cabaran baru.

"Saya sebagai jurulatih menginginkan para pemain untuk menjadi nombor satu dunia dan juara dunia," katanya.

Harry hadir dengan reputasi cemerlang, pernah melatih pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Anthony Ginting, serta Juara Asia 2018, Jonatan Christie, ketika bersama Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI).

Baginya, komitmen ditunjukkan oleh Leong Jun Hao dan Justin Hoh memberi petanda positif buat masa depan skuad negara.

"Mereka mempunyai semangat juang yang tinggi. Mereka sudah memiliki visi baik untuk meningkatkan lagi prestasi.

"Saya fokus untuk membantu mereka," tambahnya.

Harry juga antara jurulatih terawal yang mengenal pasti potensi pemain berbakat Chinese Taipei, Chou Tien Chen, selain pemain muda meningkat naik Indonesia, Alwi Farhan dan Zaki Ubaidillah. 
 

Must Watch Video