Skip to main content

Badminton

75 hari menuju Piala Thomas: Ini sebab Rashid Sidek mahu Zii Jia, FeiDin perkuat skuad negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

75 hari menuju Piala Thomas: Ini sebab Rashid Sidek mahu Zii Jia, FeiDin perkuat skuad negara

Perjalanan skuad lelaki dan wanita negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2026 berakhir di peringkat suku akhir selepas kedua-duanya tewas tiga perlawanan berturut-turut kepada kuasa besar Asia, Jepun dan Korea Selatan.

Kegagalan itu menyaksikan skuad lelaki Malaysia tidak mampu mengulangi pencapaian edisi 2024 yang menyaksikan mereka mara ke final.

Advertisement

Bagi skuad wanita pula, pencapaian terbaik negara masih kekal pingat gangsa yang diraih pada dua edisi berturut-turut, 2020 dan 2022, sekali gus mencerminkan cabaran besar yang masih perlu diatasi untuk bersaing di peringkat tertinggi Asia.

Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, senada dengan bekas juara Piala Thomas 1992, Foo Kok Keong, dalam mencadangkan Lee Zii Jia disenaraikan sebagai perseorangan ketiga negara bagi saingan Piala Thomas 2026 di Denmark.

Selain itu, Rashid turut mencadangkan gandingan profesional Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani (FeiDin dibawa bersama bagi memperkukuh cabaran skuad kebangsaan di kejohanan berprestij tersebut.

Namun, persoalan utama yang timbul ialah sama ada Zii Jia mampu mengekalkan rekod positifnya dalam acara berpasukan, selepas sebelum ini mencatat kemenangan dalam semua perlawanan perseorangan lelaki, terutama dengan situasi kecederaan yang sering menghantui karier pemain itu.

Konsistensi dan tahap kecergasan Zii Jia bakal menjadi faktor penentu sama ada Malaysia mampu mencabar kuasa besar dunia dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan Piala Thomas selama 34 tahun.

Dalam perkembangan lain, Rashid turut mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas penolong jurulatihnya, Zakry Latif, yang memilih haluan baharu menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai penolong jurulatih beregu wanita, di bawah kendalian ketua jurulatih, Rosman Razak.

Pelantikan itu diharap dapat memberi impak positif terhadap pembangunan beregu wanita negara dalam jangka masa panjang.

Must Watch Video