Selepas menandatangani kontrak bersama Akademi Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa Arif Radzuan mengetuai Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang menewaskan SK Ulu Yam Bharu bagi merangkul kejuaraan Piala Raja Muda Selangor 2025 edisi ke-37 buat julung kali.
Dia yang merupakan penjaring terbanyak kejohanan itu -dengan rekod 11 gol- turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Final selepas membantu pasukannya menjaringkan dua gol.
Advertisement
SK Serdang mendominasi keseluruhan permainan dan memiliki jumlah sembilan rembatan tepat selain mengekalkan rekod bersih tanpa kalah sepanjang pertandingan.
"Bersyukur dengan kemenangan hari ini, saya berbangga dapat menang 2-0. Kami akan berusaha untuk pertahan gelaran tahun depan.
"Saya akan bersinar di sana, dan saya akan berusaha mendapatkan prestasi saya di JDT, dan saya akan banggakan nama Johor dan Selangor di sini." kata pemain terbaik kejohanan, Arif Radzuan.
"Terima kasih, saya bersyukur kerana pasukan saya menang selepas sertai buat kali pertama. Pulangan adalah kepada murid saya yang bertungkus lumus meskipun ramai pemain ng mengalami kecederaan." tambah jurulatih SK Serdang, Muhammad Ali.