Laman rasmi Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi laman X hari ini berkongsikan video pertahanan Indonesia, Jordi Amat, ketika beraksi buat pasukan Swansea pada 2013.
Untuk rekod, pertahanan berusia 34 tahun itu menyertai Swansea City dari Espanyol dengan yuran perpindahan sebanyak £2.5 juta dengan empat tahun perjanjian, selain telah melakukan 52 penampilan sepanjang kariernya di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Jordi muncul satu-satunya pemain Indonesia yang pernah beraksi di pentas EPL. Malah, Jordi juga merupakan antara 23 pemain yang dipilih Jorn Herdman berada dalam skuad Indonesia ke Piala ASEAN FIFA hingga bergelar juga kejohanan edisi perdana itu.
The only Indonesian representation ever in the Premier League, Jordi Amat 🇮🇩👏 https://t.co/2DZAjP3jS1
— Premier League (@premierleague) October 9, 2026
Sepanjang kariernya, pemain Persija Jakarta itu telah beraksi buat kelab-kelab gergasi di Eropah antaranya Rayo Vallecano, Real Betis selain menyertai pasukan Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim pada 2022.
"Satu-satunya wakil Indonesia yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris, Jordi Amat." kongsinya.