Skip to main content

Berbasikal

Sanggup pinjam basikal demi lencana di dada, Faris tetap berjuang untuk Malaysia

Kemalangan kecil ragut peluang podium, Izzat akur tempat keenam

Nilai patriotik dan kecintaan terhadap negara menjadi pembakar semangat buat Mohamad Faris Mohd Nashari untuk terus berjuang demi lencana di dada, meskipun berdepan kekangan kewangan.

Atlet kelahiran Perak itu mencuri perhatian apabila terpaksa meminjam basikal BMX bagi membolehkannya mewakili Malaysia pada Kejohanan BMX Antarabangsa Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.

Dalam keadaan serba kekurangan, Faris tetap memilih untuk turun ke gelanggang kerana baginya, peluang menyarung jersi negara tidak datang setiap hari.

Lebih menarik, Faris bukanlah wajah baharu dalam arena sukan lasak negara apabila pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEA Hanoi 2022 dalam acara BMX Downhill.

Namun, selepas beberapa tahun berlalu, cabaran kewangan yang dihadapinya menyebabkan dia tidak mampu memiliki basikal sendiri untuk kembali bersaing di pentas antarabangsa.

Situasi itu bagaimanapun tidak memadamkan semangat Faris.

Sebaliknya, dia sanggup meminjam basikal semata-mata untuk memastikan peluang mewakili Malaysia tidak terlepas begitu sahaja.

Turun beraksi tanpa jentera sendiri sudah tentu memberikan cabaran besar, lebih-lebih lagi dalam sukan BMX Racing yang memerlukan atlet benar-benar memahami karakter basikal serta melakukan pelarasan mengikut kesesuaian tunggangan.

Namun Faris memilih untuk mengetepikan segala kekurangan dan memberikan sepenuh fokus terhadap perlumbaan.

Malangnya, rezeki belum memihak kepadanya apabila Faris gagal melayakkan diri ke final acara BMX Racing kategori elit.

Walaupun keputusan itu tidak seperti yang diharapkan, perjuangannya tetap mendapat perhatian penonton yang hadir di venue pertandingan.

Kisah Faris juga menjadi peringatan bahawa di sebalik setiap penyertaan atlet negara, terdapat pengorbanan yang kadangkala tidak terlihat di mata umum.

Dan bagi atlet seperti Faris, sebuah basikal mungkin sekadar peralatan pertandingan — tetapi peluang menyarung lencana Malaysia adalah sesuatu yang jauh lebih bernilai.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video