Skip to main content

Bola Sepak

Sama tinggi, sama hebat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Santokh

Ketika Lembah Klang teruja menerima kehadiran legenda Brazil dan Arsenal, Gilberto Silva, sempena Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA pada Rabu, hadir seorang lagi legenda tempatan yang sama tinggi, sama hebat dengan ikon Piala Dunia FIFA 2002 itu.

Legenda yang dimaksudkan adalah Datuk Santokh Singh, legenda bola sepak Malaysia yang bersinar ketika era keemasan bola sepak negara pada tahun 70-an dan 80-an.

Advertisement

Gandingannya bersama Datuk Soh Chin Ann menjadikan benteng Malaysia cukup kebal dan sukar ditembusi pihak lawan, dan Malaysia ketika itu cukup digeruni di rantau Asia Tenggara.

Menariknya, Datuk Santokh Singh pernah mewakili Malaysia ketika menentang Arsenal pada 1975 di Stadium Merdeka. Datuk Santokh Singh juga antara karakter utama yang menyumbangkan kemenangan 2-0 Malaysia pada waktu itu, dengan dua gol dijaringkan oleh Mokhtar Dahari.

Berdiri di sebelah Gilberto Silva yang pernah menyarung jersi Arsenal selama enam tahun, terdetik juga di fikiran (walaupun hanyalah fantasi) - kalaulah pasukan Malaysia era Datuk Santokh Singh berdepan Arsenal ketika era Gilberto Silva…. Mesti epik kan?
 

Must Watch Video