Bintang sensasi, Cristiano Ronaldo, semakin menghampiri pencapain bersejarah apabila hanya memerlukan 22 gol lagi untuk mencapai 1,000 gol dalam karier profesionalnya.
Penyerang Portugal itu kini mengumpul 978 gol selepas meledak jaringan kemenangan ketika membantu Al Nassr menewaskan Al Taawoun 2-1 dalam aksi Liga Pro Saudi, kelmarin.
Pada usia 41 tahun, Ronaldo kini berpeluang menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang mencapai angka 1,000 dalam karier profesional, dengan 22 jaringan menjadi sasaran seterusnya tatkala Al Nassr dijadual bertemu Al Ittihad pada 5 September.
Ronaldo juga mendahului Lionel Messi dalam perlumbaan menuju angka berkenaan, manakala bintang Argentina itu kini mengumpul 927 gol dan memerlukan 73 jaringan lagi untuk mencapai 1,000.