Skip to main content

Bola Sepak

Rindu kampung halaman, seorang lagi bintang JDT angkat kaki?

Teto

Tular mengenai status pemain import kelahiran Sepanyol, Teto Martin, yang difahamkan berpotensi meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang Liga Malaysia (Liga-M) musim 2026/27.

Malah, kemas kini transfermarkt juga menyaksikan kontrak penyerang berusia 24 tahun itu bersama Harimau Selatan sudah berakhir pada bulan lalu.

Khabar angin mengatakan Teto Martin dikatakan bakal bergabung dengan kelab Sepanyol, Tenerife, seperti perkongsian di X.

Menurut pemegang akaun Juanma Lopez, pemenang Liga Super itu merindui kampung halamannya, dan berkemungkinan besar mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak tentang pengesahan tersebut.

Sepanjang bersama skuad kendalian Xisco Munoz, dia merekodkan 29 penampilan dengan menjaringkan 13 gol dalam musim pertamanya.

Bersama JDT, Teto Martin meraih empat kejuaraan domestik termasuk Piala Malaysia selain membantu mengekalkan dominasi Liga Super 12 kali berturut-turut.

Stadium Astro dalam laporan minggu lalu turut mendedahkan khabar angin tentang status Jairo Da Silva yang turut dikatakan tidak menandatangani kontrak lanjutan. 

Sebelum ini, seorang lagi pemain, Heberty Fernandes, sah meninggalkan JDT dan tidak melanjutkan perjanjian bersama pasukan itu. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video