Skip to main content

Sukan Asia

Renangan ‘biasa-biasa’ budak 13 tahun pecah rekod Sukan Asia, sambar pingat emas

d

Apakah kejayaan terbesar yang pernah anda lakukan pada usia 13 tahun?

Perenang remaja China, Yu Zidi, menceriakan hari pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan memenangi pingat emas acara 200m kuak kupu-kupu serta memecahkan rekod temasya menerusi satu persembahan yang disifatkannya sebagai ‘biasa-biasa’.

Ya, bagi atlet berusia 13 tahun itu, kejayaan memenangi pingat emas dengan muncul sebagai terpantas menerusi catatan masa 2 minit 05.08 saat sebagai sesuatu yang masih belum memuaskan hatinya - namun ironinya ia berhasil memecahkan rekod Sukan Asia yang dipegang rakan senegaranya, Zhang Yufei, yang direkodkan tiga tahun lalu dengan perbezaan hampir setengah saat.

Persaingan yang cukup sengit dalam kem renang China pastinya menjadi faktor utama, Yu enggan terbuai dengan kejayaan ini walaupun rakan sepasukannya, Chang Mohan ketinggalan tiga saat di belakangnya untuk sekadar berpuas hati dengan pingat perak.

Yu, yang turut menyertai dua lagi acara individu di Sukan Asia, bagaimanapun lebih berminat untuk fokus memperbaiki teknik renangannya termasuk kuak kupu-kupu yang dianggapnya masih belum sempurna dalam hasrat mencipta impak di Sukan Olimpik Los Angeles pada usia 15 tahun pada 2028.

Tahun lalu, Yu mencipta sejarah sebagai perenang termuda memenangi pingat di Kejohanan Dunia apabila meraih gangsa pada usia 12 tahun sebagai sebahagian daripada pasukan berganti-ganti gaya bebas 4x200m China.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement