Skip to main content

Sukan Asia

Semua orang boleh 'kan cheong'

xxx

“Semua orang boleh kan cheong”

Demikian tegas jurulatih gimnastik artistik lelaki negara, Ng Shu Liang, enggan anggap insiden yang menimpa pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris, Carlos Yulo, sebagai satu berita gembira.

Sebaliknya, Shu Liang menuntut Sharul Aimy Kamaru Hisam kekal waspada dengan menegaskan atletnya masih perlu merintis ranjau berliku dalam aksi final selepas mepamerkan persembahan memuaskan dalam saingan kelayakan acara melombol.

Aimy meraih 13.833 mata selepas melakukan dua lompatan, namun situasi berbeza buat idolanya, Yulo, yang hanya mencatatkan 13.166 mata dalam lompatan pertama selepas terjatuh ketika melakukan pendaratan.

"Peluang untuk meraih medal sukar untuk diramalkan kerana ini final.

"Apa sahaja boleh jadi. Semua peserta berasa gemuruh dalam final kerana mahukan aksi yang terbaik dalam final, begitu juga Sharul Aimy.

"Tapi saya rasa dia akan ulangi kecemerlangannya," katanya.

Shu Liang turut memuji kekuatan mental Sharul Aimy selaku pemenang gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 kerana tidak membiarkan kecederaan lama mengganggu fokusnya ketika beraksi.

"Atlet selalunya menanggung kesakitan tapi sebaik pertandingan bermula, kesakitan itu akan dibuang (daripada fikiran).

"Yang penting atlet buat sehabis mungkin, lagipun peluang ini cuma datang empat tahun sekali.

"Kalau jatuh bangun balik dan saya rasa dia sudah cukup berpengalaman," katanya di Nadi Arena. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement