Kuartet renang 4x200m (meter) gaya bebas lelaki negara memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan baru 7:18.79s (saat) dalam saingan akhir, Sukan Asia Aichi-Nagoyo di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.
Malaysia diwakili Khiew Hoe Yan, Ananda Lim, Jaydan Tan dan Arvin Shaun Singh itu menamatkan saingan akhir di kedudukan kelima.
🇲🇾Pecah rekod kebangsaan di pentas Sukan Asia, kuartet renang negara tempat ke-5 final 4×200m gaya bebas lelaki, namun cipta rekod kebangsaan baharu
di Aichi-Nagoya 2026 dengan catatan 7:18.79 pecah rekod lama 7:19.50.@ASTROARENA pic.twitter.com/0wm73fBYjm— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 21, 2026
Catatan baharu yang diraih itu sekali gus memadam rekod lama iaitu 7:10.50s yang dilakar pada temasya Sukan SEA 2025 sebelum ini.
China mengungguli acara itu diikuti Jepun dan Korea Selatan.