Skip to main content

Bola Sepak

Rasmi Final Piala Dunia 2026: Isu gaduh, ramai persoal, FIFA sah tak gantung pemain Argentina

Leandro

Leandro Paredes terselamat daripada sebarang hukuman.

Laporan sumber mengatakan bintang Argentina itu tidak akan dikenakan hukuman disiplin oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas terlibat dalam insiden pergaduhan sewaktu final Piala Dunia 2026 awal pagi Isnin lalu.

"FIFA mengesahkan tiada tindakan terhadap Paredes selepas kad merahnya dibatalkan.

"FIFA turut memberi jaminan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil," katanya.

Orang ramai mula mempertikai keputusan itu kerana dianggap tidak munasabah dan sengaja memberi pelepasan kepada pemain berkenaan.

Dalam satu video yang tular, Paredes kelihatan tidak berpuas hati dengan pertahanan Sepanyol, Eric Garcia, sebelum menolak Gavi jatuh membangkitkan lagi kemarahan La Roja.

Kedua-dua wakil pasukan berbalas tolakan dan terpaksa dipisahkan secara fizikal, dengan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, cuba menenangkan para pemainnya.

Ketegangan memuncak selepas Sepanyol meraih gelaran Piala Dunia kedua mereka selepas 2010 hasil jaringan kemenangan oleh Ferran Torres. Argentina yang terpaksa bermain dengan 10 pemain akibat Enzo Fernandez yang dibuang padang kerana kad kuning kedua merencatkan momentum pasukan.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video