Skip to main content

Bola Sepak

Rasmi: Drama! Tak sampai sebulan, musuh tradisi JDT pecat jurulatih lagi

BR
Advertisement

Kerusi panas itu bertukar milik lagi tak sampai sebulan. Zaman kejatuhan Buriram United?

Hanya bertahan selama 25 hari, Raul Caneda terpaksa mengucapkan terima kasih dan meninggalkan kelab itu berkuat kuasa serta merta menerusi kenyataan pasukan semalam.

Advertisement

Prestasi Thunder Castle semakin menjadi pertikaian ekoran beberapa keputusan perlawanan yang tidak bernasib baik, sekali gus mencalarkan maruah pasukan itu musim ini dalam saingan domestik mahupun antarabangsa.

Terdahulu, juara Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee dua kali berturut-turut itu membuat perkara sama pada bulan lalu tatkala menggantikan Mario Silva dengan Caneda, namun jodoh kedua-dua pengendali tidak berpanjangan setakat ini.

Advertisement

Seteru utama Johor Darul Ta'zim (JDT) itu terus menjadi bualan di media sosial tentang apakah sebenarnya yang terjadi kepada pasukan itu.

Gergasi Thailand itu sedang menduduki tempat kelima carta domestik, selain bergelut dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan terbaharu tewas di tangan Shanghai Port 1-3 dan berada di tempat ke-12 Kumpulan A. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video