Skuad hoki wanita negara mencipta pencapaian membanggakan apabila mara ke separuh akhir buat kali pertama di bawah kendalian ketua jurulatih, C.R. Kumar, dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Bhopal, India semalam.
Ia, selepas The Speedy Tigress menewaskan Thailand 4-0 dan mara selaku empat pasukan terbaik Asia.
Terdahulu, pasukan kebangsaan tumpas 1-3 di tangan Jepun, namun kebangkitan menundukkan Thailand kembali memberi semangat buat para pemain bagi menghadapi lawan seterusnya.
Malaysia akan bertemu tuan rumah pada Jumaat ini.