Memperkenalkan pemain berdarah campuran terbaru dikenali akan beraksi di Malaysia. Aset untuk masa depan bola sepak negara?
Negeri Sembilan dengan pasukan pelapisnya (NSFC II) bertindak menyenaraikan skuad menjelang musim terbaru Liga A1 Semi-Pro yang dijadualkan berlangsung pada lewat Ogos depan.
Semua mata tertumpu kepada barisan pertahanan dengan kehadiran tonggak warisan Malaysia-Jerman yang baru berusia 19 tahun.
Andreas Heimerl yang pernah mewakili Jerman bawah 16 tahun (B-16) sah menandatangani kontrak bersama Sang Rusa sebagai bintang terkini untuk beraksi dalam kancah amatur kebangsaan itu.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Negeri Sembilan menyertai Liga A1 Semi-Pro itu.
Difahamkan, dia sedang melalui proses pendokumentasian sebagai kewarganegaraan Malaysia. Namun, setakat ini belum didedahkan latar belakangnya dengan terperinci.
Sebelum ini, Heimerl berkelana di Switzerland dan beraksi bersama beberapa buah kelab pembangunan di sana.
Kredit foto: Astro AWANI