Skip to main content

Bola Sepak

Rajagobal bangga Reuben teruskan legasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Rajagobal

Saya gembira ada yang teruskan legasi saya, kata bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Jajagobal, apabila bekas pemainnya, K. Reuben, kini mengetuai Akademi Football First.

Baginya, akademi berkenaan bukan hanya menumpukan dalam pencarian pemain terbaik, bahkan turut membina sahsiah kanak-kanak yang berminat dalam bola sepak.

Advertisement

"Apabila saya dengar, bukan sahaja Reuben, bahkan ada pemain-pemain lain yang memiliki akademi sendiri, saya amat bangga kerana mereka semua ambil inisiatif untuk memberikan semula kepada bola sepak dan masyarakat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Apa sahaja pengalaman yang mereka dapat sebagai seorang pemain, apabila karier mereka sudah tamat, mereka meneruskannya dengan akademi masing-masing.

"Seperti Akademi Football First milik Reuben ini, peserta bukan sahaja dididik untuk menjadi pemain bola sepak, malah di sini lah mereka belajar pembentukan karakter, disiplin, penampilan dan menghormati orang dewasa."

 

Must Watch Video