MALAYSIA 3 KOREA SELATAN 4
The Speedy Tigers mengesahkan kemaraan ke klasifikasi tempat ketiga Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 selepas kecundang di tangan Korea Selatan, sebentar tadi.
Advertisement
Anak buah Sarjit Singh itu bakal bertemu New Zealand esok dalam perebutan tempat ketiga di Stadium Perak, Ipoh sambil mengharapkan untuk mengelak ulangan keputusan tahun lalu, di mana mereka tewas 2-3 untuk menduduki tempat ke empat keseluruhan.
Kurang lima minit aksi dimulakan, Korea Selatan mengejutkan kem negara dengan memecah kebuntuan jaringan dan berselang dua minit kemudian, menggandakan kelebihan mereka menerusi Park Cheoleon.
Pertahanan Speedy tigers menghalang segala asakan daripada lawan untuk memastikan kedudukan kekal 2-0 menuju masa rehat.
Kekentalan benteng pelawat menyaksikan Malaysia dikecewakan dalam usaha merapatkan jurang dalam suku ketiga.
Malah, sebaliknya berlaku apabila Korea Selatan menambah jaringan dalam suku terakhir untuk skuad negara ketinggalan 1-3.
Tetapi semangat juang The Speedy Tigers belum malap dan tiga jaringan padang dalam tempoh empat minit daripada Faizal Saari dan gol berganda Azrai Aizad Kamal memberi harapan buat penyokong, namun usaha lewat itu berkecai apabila gawang negara ditembusi pukulan sudut penalti Kim Hyeonhong, sekali gus memberi mengembalikan kelebihan 4-3 milik Korea Selatan.
