Skip to main content

Hoki

PSAS: Tiga kisah di sebalik kebangkitan Speedy Tigers

PSAS: Tiga kisah di sebalik kebangkitan Speedy Tigers
Advertisement

Kemaraan The Speedy Tigers ke pentas final Piala Sultan Azlan Shah buat kali ketujuh dalam sejarah bukan sekadar kisah kejayaan di atas padang, sebaliknya turut menyimpan perjalanan peribadi yang membentuk kekuatan skuad hoki negara.

Di sebalik pencapaian itu, tiga kisah daripada perspektif berbeza muncul menerusi perkongsian eksklusif bersama wartawan Karl Nunis, merangkumi evolusi karier kejurulatihan Brendon Carolan, inspirasi nombor 23 yang mencetuskan minat Azrai Aizad Abu Kamal terhadap hoki serta pengalaman pahit Fitri Saari ketika pernah disisihkan daripada skuad kebangsaan.

Advertisement

Bagi Carolan, kepulangannya ke Ipoh, Perak kali ini membawa tanggungjawab jauh lebih besar berbanding edisi 2022 apabila beliau berperanan sebagai penasihat taktikal kepada bekas ketua jurulatih, Arul Selvaraj.

Kini, pengendali kelahiran Afrika Selatan itu memikul amanah mengemudi sendiri The Speedy Tigers dan berjaya membawa Malaysia kembali ke final, sekali gus mencatat namanya sebagai jurulatih ketujuh dalam sejarah yang membimbing skuad negara ke pentas berkenaan.

Advertisement

Kejayaan itu hadir menerusi pendekatan taktikal yang disesuaikan dengan kemampuan pemain tempatan, selain keberaniannya memberikan peluang kedua kepada beberapa pemain yang sebelum ini tidak lagi menjadi pilihan.

Carolan mengakui kepuasan terbesar adalah apabila usaha yang dibina sejak enam bulan lalu mula membuahkan hasil, terutama apabila Malaysia berjaya melangkah ke final untuk berdepan Australia.

“Saya sangat gembira apabila setiap perkara yang telah kami usahakan sejak enam bulan yang lalu mula membuahkan hasil. Berada di final adalah satu perkara yang sangat baik, lebih-lebih lagi berdepan pasukan seperti Australia,” katanya.

Jika Carolan membina kejayaan menerusi pendekatan taktikal, kisah penyerang negara, Azrai Aizad Abu Kamal pula bermula daripada rasa kagum terhadap seorang legenda hoki Malaysia.

Azrai mengakui mula jatuh cinta dengan sukan hoki selepas melihat kehebatan dan pengaruh pemilik jersi nombor 23 negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, ketika masih di bangku sekolah.

Peluang menyaksikan idolanya beraksi di depan mata menjadi pencetus inspirasi buat Azrai untuk mengikuti jejak langkah pemain berkenaan, sebelum membina identitinya sendiri dalam skuad kebangsaan.

Kini, nombor 23 sinonim dengan kelincahan dan ketajaman penyudah penyerang yang mesra disapa Boy itu.

Malah, sumbangannya menjadi antara faktor penting dalam perjalanan Malaysia ke final, termasuk ketika membantu menyingkirkan Pakistan daripada perebutan tempat ke perlawanan akhir.

Bagi Fitri Saari pula, perjalanan bersama The Speedy Tigers tidak sentiasa dihiasi kejayaan. Enjin tengah skuad negara itu pernah melalui detik sukar pada 2022 apabila khidmatnya tidak lagi diperlukan dalam pasukan kebangsaan.

Ketika semangat untuk terus menyarung jersi negara masih membara, Fitri terpaksa menerima keputusan pengendali ketika itu dan akur dengan hakikat bahawa beliau tidak lagi berada dalam perancangan pasukan.

Lebih menyentuh perasaan, ketika rakan seperjuangannya menjulang kejuaraan sulung Piala Sultan Azlan Shah pada edisi 2022, Fitri hanya mampu menyaksikan detik bersejarah itu dari sudut berbeza — sebagai pengulas di Astro Arena.

“Ketika itu, saya menjadi pengulas. Ternyata perasaan agak kecewa dan hari ini saya membuktikan masih lagi relevan dalam pasukan kebangsaan,” katanya.

Kepulangan Fitri ke skuad negara dan kemaraan ke final kali ini menjadi gambaran ketabahannya untuk kembali membuktikan kemampuan selepas melalui episod sukar dalam karier.

Di sebalik kisah tiga individu itu, kekuatan utama The Speedy Tigers turut berpaksikan gabungan pemain daripada generasi berbeza yang lahir daripada keberkesanan program pembangunan TNB Thunderbolts.

Daripada 18 pemain dalam skuad negara, majoritinya merupakan produk pencarian bakat program berkenaan sebelum dibentuk dan digilap sehingga mampu menyarung jersi kebangsaan.

Kehadiran kelompok pemain muda memberikan lebih banyak pilihan kepada barisan kejurulatihan, khususnya dalam membentuk kestabilan benteng pertahanan yang diketuai kapten Marhan Jalil, dengan sokongan bakat generasi baharu seperti Adam Ashraf Johari dan Andywalfian Jeffrynnus.

Kesan pembangunan berterusan itu turut dapat dilihat menerusi pencapaian Malaysia dalam saingan liga sepusingan apabila mengumpul 10 mata, sama seperti Pakistan, namun berjaya mengatasi pencabar itu menerusi kelebihan perbezaan jaringan.

Malaysia hanya dibolosi 11 gol selepas lima perlawanan berbanding Pakistan yang melepaskan 14 gol, sekali gus menjadi antara faktor penting dalam menentukan kedudukan kedua-dua pasukan.

Bagi pemain tengah negara, Faiz Helmi Jali, peluang mewakili Malaysia adalah satu penghargaan yang tidak pernah dipandang ringan, terutama apabila perjalanan kariernya bermula daripada program TNB Thunderbolts.

“Bersyukur kerana masih lagi berkesempatan bermain dalam skuad kebangsaan. Saya bermula daripada program TNB Thunderbolts yang pertama. Terima kasih TNB,” katanya.

Gabungan pengalaman, inspirasi dan peluang kedua menjadi sebahagian daripada ramuan kebangkitan The Speedy Tigers. Kemaraan ke final kali ini bukan sekadar hasil kemampuan 18 pemain di atas padang, tetapi turut mencerminkan kepentingan pembangunan akar umbi, kepercayaan terhadap pemain serta ketahanan mental dalam menghadapi perjalanan panjang karier sukan.

Ayuh teruskan sokongan kepada sukan hoki negara! Saksikan Piala Sultan Azlan Shah 2026 bersama Tenaga Nasional Berhad.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video