Skip to main content

Sukan

PSAS: The Speedy Tigers bangkit tiga kali sebelum tewas kepada India

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

Skuad hoki negara terpaksa akur apabila tewas tipis 3-4 kepada India dalam perlawanan ketiga, pusingan round robin, Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 di Ipoh, Perak, sebentar tadi.

Kem negara membuka langkah dengan agresif dalam suku pertama untuk memburu gol awal, namun terpaksa akur dengan jaringan Karthi Selvam pada minit ketujuh untuk meletakkan India mendahului terlebih dahulu.

Advertisement

Selang enam minit kemudian, giliran pemain vateran negara, Faizal Saari, menyamakan kedudukan hasil daripada pukulan sudut penalti untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1.

 

 

 

Keadaan huru-hara dalam kotak D menghukum pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas sekali gus memberikan India peluang terhidang untuk jaringan kedua daripada Sukhjeet Singh sekali gus meletakkan skuad The Blues sekali lagi mendahului 2-1.

Fitri Saari membuktikan ketajamannya dalam suku ketiga selepas menoktahkan tampanan Muhajir sebelum pukulannya menewaskan Pawan untuk jaringan kedua negara.

Begitupun, India terus mengasak kubu anak buah Sarjit Singh dengan jaringan Amit Rohidas sebelum Marhan Jalil kembali mengikat kedudukan turut menerusi pukulan sudut penalti untuk kedudukan menjadi 3-3.

Gol Sanjay Rana pada minit ke-53 memusnahkan hasrat negara untuk melakar kemenangan kedua di laman sendiri dan terpaksa akur tewas 3-4.

 

Must Watch Video