Ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh, berpuas hati dengan kerja keras dan disiplin yang ditampilkan anak buahnya dalam perlawanan pertama kempen Piala Sultan Azlan Shah berdepan New Zealand, malam ini.
Aksi di Ipoh itu menyaksikan pasukan lawan bangkit mengikat The Speedy Tigers 2-2 dalam minit akhir permainan untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
Advertisement
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan usaha dan disiplin pemain, terutama bagaimana kami mengawal permainan dan mendahului 2–0. Cuma kami perlu lebih tenang pada minit-minit akhir kerana melepaskan dua gol, termasuk satu gol lewat, menunjukkan masih ada ruang untuk kami perbaiki pengurusan permainan.
PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2025 :
Hafizuddin Othman dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (NZ lwn Mas).
Aksi 5 bintang Hafizuddin nafi 2 gol New Zealand pada 10 minit terakhir raih perhatian Greg Nicol (Ketua Jurulatih NZ).
@ASTROARENA pic.twitter.com/5iNK3A8dTx— karlnunis (@_karlnunis) November 23, 2025
"Kami perlu tingkatkan konsistensi selama 60 minit, lebih kemas dalam bertahan ketika tekanan tinggi, dan pastikan kami mengekalkan fokus selepas mendahului. Keputusan di “D” juga perlu lebih tajam untuk memaksimumkan peluang yang kami cipta.
"Canada ialah pasukan yang kuat secara fizikal dan bermain dengan struktur yang tersusun, jadi kami perlu bersedia dari segi intensiti dan transisi. Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit, tetapi jika kami bermain dengan disiplin dan memperbaiki kesilapan daripada aksi pertama, saya yakin kami mampu dapatkan keputusan yang positif." katanya.
The Speedy Tigers akan bertemu Kanada pada esok jam 8.00 malam.