Skip to main content

Hoki

PSAS: Sarjit resah jurang kualiti di bangku simpanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki, PSAS

Di sebalik kemenangan pertama skuad negara dalam Piala Sultan Azlan Shah 2025, malam tadi, realitinya barisan kejurulatihan berdepan kesukaran cari rentak konsisten dalam kesebelasan utama.

Ini kerana, jurang perbezaan kualiti pemain utama dan lapisan kedua mengganggu ritma keseimbangan kekuatan skuad negara.

Advertisement

Atas dasar itu, ketua jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh, terpaksa mengekalkan pemain senior beraksi lebih lama dalam kempen di Ipoh tersebut sebelum melakukan penggiliran pertukaran pemain.

Namun, pendekatan ini terdedah dengan beberapa kesan negatif, antaranya kecederaan.

"Kami mempunyai tiga pemain tengah yang sangat bagus, tapi kalau dua dipinggirkan maka kami akan menghadapi masalah (disebabkan) rakan sepasukan lain tidak mampu memegang gol.

"(Tempo) permainan sangat pantas jadi pertukaran perlu dilakukan berselang beberapa minit, kami perlu bijak membuat percaturan ini.

 

 

 

"Kami memerlukan pemain tengah yang mampu memegang bola lebih lama, (kalau tidak) selepas pendahuluan 1-0, kami ketinggalan pula 1-2.

"Esok (hari ini) kami akan berehat jadi saya boleh kerahkan mereka (ketika menentang Kanada). Harap pemain kembali cergas untuk menghadapi India.

"Perlawanan hari ini biarpun tidak begitu menarik, namun kami meraih tiga mata. 

Must Watch Video