Skip to main content

Hoki

PSAS: Malaysia lepasi ranjau Kanada

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

MALAYSIA 3 KANADA 2

Cuaca hujan menyaksikan perlawanan kedua hari kedua Piala Sultan Azlan Ahah (PSAS) di antara Malaysia dan Kanada sebentar tadi bermula selewat jam 10 malam.

Advertisement

Adaptasi gelanggang yang basah lebih dahulu memihak barisan kendalian Sarjit Singh itu apabila menghasilkan enam percubaan tepat sepanjang separuh masa pertama.

Gol The Speedy Tigers pembukaan dihasilkan sebaik barisan penyerang negara memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang Kanada untuk Fitri Saari melakukan sentuhan terakhir.

Bagaimanapun, sedikit kealpaan barisan pertahanan ketika suku pertama berbaki 2 minit membolehkan Kanada menyamakan kedudukan menerusi Sean Davis.

Dan Kanada kembali mengejutkan menerusi gol yang tidak sampai dua minit suku kedua bersambung, kali ini menerusi jaringan Matthew Sarmento.

Malaysia yang tersentak kembali memperkemaskan permainan dan mula memberi tekanan kepada Kanada yang menyaksikan tolakan Faiz Helmi Jali ke gawang Kanada disudahkan Azrai Aizad Abu Kamal untuk kedudukan 2-2.

 

 

 

 

Dengan hujan yang kembali lebat Stadium Perak, Ipoh, insiden ke atas Faizal Saari membolehkan pukulan sudut penalti diterjemahkan kepada gol untuk Malaysia di depan 3-2 sebelum tamat suku kedua.

Permainan terus mendebarkan dalam suku ketiga yang menyaksikan Kanada turut berpeluang melunaskan pukulan sudut penalti kedua mereka.

Namun, kem Malaysia tidak berpeluk tubuh dan terus mengasak tatkala umpanan Akhimullah Anuar Esook kepada Syafiq Sumantri -- dalam suku keempat berbaki kurang 4 minit -- tidak dapat dilunaskan dalam usaha mengukuhkan kedudukan negara.

 

Must Watch Video