Ketua jurulatih negara, Brendon Carolan, mengumumkan skuad akhir 18 pemain terbaik dengan mengetepikan dua tonggak daripada skuad remaja, Aqilrullah Che Khairulzi dan Nabil Irfan Yusof.
Keputusan itu dibuat selepas melengkapkan perlawanan simulasi menentang Kanada pada Rabu, yang berkesudahan 2-0 memihak skuad negara.
Musim 2026 yang panjang menuntut kudrat dan keringat pemain negara kekal berada di tahap terpuji β sambil adaptasi arahan taktikal terkini carolan menjadi agenda utama bilik persalinan skuad negara.
Perkara tersebut dikongsikan kapten negara, Marhan Jalil, yang muncul antara watak utama dalam semua kejohanan utama tahun ini.
Kurang 24 jam Piala Sultan Azlan Shah 2026 bakal buka tirai Ketua jurulatih negara, Brendon Carolan buru podium ketiga selepas raih Perak Sukan Asia Aici-Nagoya & Gangsa Trofi Juara-Juara Asia (ACT). 2025 : Ke-4 2024 : Ke-4 2022 : JUARA 2019 : Ke-3 2018 : Ke-4 @ASTROARENA https://t.co/BVAQ36S6CP
β karlnunis (@_karlnunis) November 19, 2026
"Kejohanan kompetitif dalam tiga atau empat sejak selapas Piala Dunia lagi, sangat sibuk tahun ini sebelum ke PSAS ini.
"Fizikal dan mental perlu kuat untuk perjalanan tahun ini," katanya.
Tonggak berpengalaman negara itu terus diberikan mandat selaku jeneral di lapangan β hasil kepimpinan terpuji di jentera pertahanan.
Marhan yang kini digandingkan bersama dua lagi tonggak pertahanan -- Amirul Hamizan Azahar dan Andywalfian Jeffrynus -- sedang mencipta jalinan kerjasama dan kombinasi berdisiplin tinggi.
π¨π¨π¨ TERKINI !!!! Brendon Carolan umum 18 pemain bagi saingan Piala Sultan Azlan Shah 2026, 2 pemain yang diketepikan daripada senarai 20 pemain adalah Che Nur Aqilrullah Che Khairulzi & Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof. @ASTROARENA https://t.co/yIuTrkZ52c
β karlnunis (@_karlnunis) November 19, 2026
"Bagi saya dua pemain ini sudah lama dalam skuad, saya rasa bagi mereka tidak yang mustahil untuk cemerlang di PSAS.
"Mudah buat saya berikan kata-kata positif dan semangat untuk tunjukkan kebolehan yang ada." tambahnya.