Faizal Saari tak memerlukan masa yang lama untuk mengingatkan semua orang siapa dia.
Dalam aksi Malaysia menewaskan Kanada 3–2 di Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Stadium Perak malam tadi, Faizal akhirnya menjaringkan gol pertamanya sejak kembali daripada persaraan dan ia hadir pada saat paling penting.
Advertisement
Gol kemenangan itu muncul melalui pukulan sudut penalti yang disambarnya dengan penuh keyakinan.
Tenang, klinikal, dan tepat, seperti versi terbaik Faizal yang tampak tidak pernah hilang. Pada yang masih tertanya-tanya sama ada beliau masih berbisa, ini merupakan jawapan terbaik dari tuan badan sendiri.
31st Sultan Azlan Shah Cup 2025
Round Robin - Match 2 (24 Nov 25)
FULL TIME
Malaysia 3-2 Canada
5' FG Mohd Fitri Saari
13' FG Sean Davis
17' FG Matthew Sarmento
20' FG Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
25' PC Faizal Saari pic.twitter.com/4bDAuiMNTY— MHC (@hockeymalaysia) November 24, 2025
Pada ketika pasukan memerlukan magis untuk pastikan kemenangan petama diperoleh, Faizal hadir untuk merealisasikan misi tersebut di minit ke 25.
Ia pastinya memberi booster yang sangat besar dan lebih keyakinan kepada dirinya untuk terus membantu Malaysia.
Lebih manis, ganding adik beradik Saari ini keduanya menyumbang gol dalam perlawanan ini.
Pada ketika ini, Malaysia telah mula membina skuad lebih muda, tetapi kehadiran Faizal mengisi satu kekosongan yang tak boleh diganti iaitu pengalaman, killer instinct, dan keupayaan mengubah permainan dengan satu sentuhan.
Kualiti yang ditonjolkannya juga boleh memberi inspirasi dan membantu pemain muda untuk meningkatkan lagi cara permainan mereka lebih lenbih di pentas antarabangsa.
Selepas ini Malaysia akan berdepan India pula dalam aksi ketiga dan diharapkan yang The Speedy Tigers mampu meneruskan momentum kemenangan ini kebih lebih lagi bermain di laman sendiri.