Skip to main content

Sukan

PSAS beri gambaran sebenar liku dihadapi The Speedy Tigers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Aspirasi Malaysia ke Piala Dunia 2026 bakal terjejas?

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat kem negara.

Mana tidaknya, The Speedy Tigers dibolosi 27 gol dalam enam perlawanan dan hanya merekodkan satu kemenangan.

Advertisement

Persembahan yang tidak menyakinkan itu menimbulkan persoalan -- sejauh manakah kemampuan skuad kendalian Sarjit Singh untuk menyambar slot ke Piala Dunia 2026.

Segalanya tidak menjadi buat skuad negara, meskipun menamatkan kempen di kedudukan keempat terbaik dan realitinya, jurang kualiti pasukan elit semakin jauh.

Mujur sekembalinya Faizal Saari daripada persaraan dua minggu sebelum kejohanan bermula menjadi penyelamat maruah The Speedy Tigers.

Sensasi Faizal meledak lima gol sepanjang kempen membuktikan dirinya penyerang terbaik negara dan berada dalam kalangan penyerang disegani dunia.

Ianya bukan lagi rahsia, kepincangan skuad negara terarah kepada struktur organisasi ketika bertahan.

Tiga bulan menuju saingan kelayakan Piala Dunia 2026, skuad negara masih jauh daripada  bayang-bayang pasukan ampuh.

Lebih membimbangkan, kelompok besar pemain negara akan berpecah bagi beraksi di Sukan SEA Thailand dalam acara hoki 5 sepasukan dan hoki dalam dewan.

Persoalannya, apakah cukup masa buat Sarjit mencari formula terbaik demi misi ke Piala Dunia 2026?

Must Watch Video