Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, 'menambah' kerakyatan terbaru dengan memiliki pasport Lubnan selepas dianugerahkan oleh Presiden Lubnan, Joseph Aoun, Isnin lalu.
Tahukah anda? Infantino sebelum ini sudah memegang dua kewarganegaraan iaitu Itali dan Switzerland.
Advertisement
Infantino menerima pengecualian istimewa selepas berkahwin dengan warga Lubnan, Lina al-Ashkar.
Di bawah undang-undang sedia ada, wanita Lubnan tidak boleh menurunkan kewarganegaraan kepada suami atau anak-anak mereka yang berstatus warga asing.
Namun, Presiden Aoun memberikan 'layanan' khas kepada Infantino dan ahli keluarganya, membolehkan mereka menerima kewarganegaraan negara itu.