Bekas jaguh negara, Datuk Razif Sidek, menegaskan kejayaan Aaron Tai-Yap Roy King adalah bukti keberkesanan eksperimentasi yang dilakukan Herry Iman Pierngadi, dalam membentuk barisan beregu ampuh.
Menurutnya, Aaron Tai dilihat mempunyai aspek menarik terutama dalam mengelirukan pihak lawan untuk menghasilkan mata demi mata bagi menutup peluang lawan melakukan kebangkitan.
Razif juga berharap gandingan ini mampu mengekalkan prestasi mereka dan terus mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan.
"Persefahaman mereka agak baik.
"Mereka banyak mencapai kemenangan menerusi straight set dan ini menunjukkan mereka adalah gandingan terbaik.
"Jadi saya harap mereka dapat terus capai kejayaan demi kejayaan," katanya.