Skip to main content

Golf

PNAGS: 14 destinasi cari lima pemain golf amatur terbaik negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf

Perodua National Amateur Golf Series (PNAGS) 2026 dirasmikan di Templer Park Country and Golf Club, Rawang hari ini menandakan bermulanya satu lagi kalendar sukan golf amatur negara.

Memasuki edisi keenam, kejohanan ini akan menjelajah ke 14 negeri di seluruh Malaysia sebelum mengumpulkan juara-juara terbaik ke peringkat akhir kebangsaan.

Advertisement

Inisiatif ini selari dengan aspirasi Visit Malaysia 2026 dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi sukan pelancongan bertaraf antarabangsa.

Lebih daripada sekadar pertandingan, PNAGS 2026 menjadi platform strategik untuk memperkasa komuniti golf amatur di samping merancakkan ekonomi pelancongan negara.

Pemenang akan menggalas cabaran negara ke pentas dunia apabila beraksi di peringkat akhir World Amateur Golfers Championship di Desaru Coast, Johor, pada Oktober 2026.

Penganjur menzahirkan keyakinan bahawa kejohanan ini akan terus menyatukan sukan, pelancongan dan semangat kebangsaan demi mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

"Setiap 45 negara yang bertanding akan menghantar sekitar lima peserta.

"Jadi penganjuran ini akan mendatangkan faedah kepada negara dan kami berpuas hati," kata Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

"14 pusingan kelayakan akan diadakan, maka setiap negeri akan menganjurkan satu pusingan.

"Setiap lokasi akan memilih lima pemain dan mereka akan beraksi dalam pusingan akhir di Templer Park, seterusnya memilih lima yang terbaik bagi mewakili negara di Desaru," kata Presiden WAGC, Isac Saminathan.

Menurut Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor: "Walaupun terdapat ramai pemain muda berbakat, tapi kejohanan ini hanya terbuka kepada pemain amatur yang berusia 18 tahun ke atas."

 

Must Watch Video