Taruhan negara, Zia Izzuddeen, terpaksa akur apabila melakukan kesilapan pada lubang terakhir meragut kedudukannya di kelompok atasan dalam Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2026 di Kelab Seri Selangor hari ini.
Zia beraksi cemerlang dalam awal saingan, situasi sama seperti tahun lalu apabila pemain berusia 28 tahun itu mencatatkan empat pukulan dibawah par pada hari pertama saingan musim lalu.
Advertisement
Pada ketika Zia sedang meniti fasa terbaiknya, realiti sebenar menyelubungi dirinya apabila lubang ke-18 memperlihatkan Zia mencatatkan triple boogey sekali gus meletakkan kedudukannya tertinggal jauh daripada kelompok utama.
Dia melengkapkan permainan dengan rekod 70 pukulan, 1 dibawah par. Namu, menambah kekecewaan lagi, Zia merupakan duta di Kelab Seri Selangor dan cukup mahir dengan lapangan utama kejohanan ini.
Namun, masih sukar untuk diriya menawan green yang cukup laju, beralun serta tiupan angin kencang menghadirkan gerun buat pemain ketika beraksi.
"Terlalu kejam, ada lubang yang boleh dapat birdie dengan mudah tetapi ada lubang seperti yang terakhir ini bagi saya dia mencabar terus saya dapat triple dan berada dalam 1 under.
"Kami bergelut di atas green kerana keras dan laju, perlu tahu dimana perlu letak bola itu. Jika pemain pandai meletakkan bola maka mudah dia raih keputusan terbaik untuk padang ini." katanya.