Skip to main content

Golf

PKNS Selangor Masters 2026: Ervin Chang idam pamer aksi konsisten di Kelab Golf Seri Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pamer

Pemain golf profesional negara, Ervin Chang, mengidamkan prestasi konsisten di menjelang PKNS Selangor Masters 2026 selepas membuka tirai musim Jelajah Asia dengan langkah kanan.

Dia berjaya mamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik di Kejohanan Golf Ffilipina pada 8 Februari lalu.

Advertisement

Kejayaan itu menyaksikan dia mencatatan 286 dua dibawah par sekali gus menjadi suntikan semangat buat Ervin selain berpuas hati mampu kekal dengan pukulan fairway dan tee cemerlang sewaktu sesi latihan akhir sebelum ini.

Dengan keadaan cuaca yang disifatkan cukup sempurna untuk bermain, Ervin berharap keputusan terbaik memihak buat dirinya.

"Saya rasa lebih pada konsistensi, bagaimana saya melakukan persiapan buat kejohanan untuk menjadi lebih baik.

"Padang berada dalam keadaab baik dan sedikit kering jadi bola bergerak lebih. Pukulan saya juga baik jadi ia factor buat saya." katanya.

 

Must Watch Video