Skip to main content

Berbasikal

PKBM mansuh jawatan Pengarah Teknikal

amarjit
Advertisement

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan akan memansuhkan jawatan Pengarah Teknikal -- satu posisi yang kali terakhir dipegang oleh John Beasley sebelum dia berhijrah ke Jepun.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, mendedahkan keputusan itu diputuskan oleh Exco badan induk berkenaan pada satu mesyuarat khas yang diadakan semalam di Kuala Lumpur.

Advertisement

"Keputusan ini dicapai secara sebulat suara. Exco PKBM berpendapat jawatan Pengarah Teknikal yang kali terakhir dipegang oleh John Beasley akan dimansuhkan," katanya dalam satu pengumuman menerusi kenyataan yang dikeluarkan PKBM hari ini.

Sehubungan itu, Amarjit, yang juga Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC), menegaskan menerusi mesyuarat itu, Exco PKBM memutuskan agar jawatan Pengarah Teknikal ditukarkan kepada Jurulatih Berprestasi Tinggi (High Performance Coach).

Advertisement

"Mesyuarat Exco semalam telah bersetuju untuk mencari High Performance Coach daripada luar negara. Kami mahu mencari High Performance Coach luar negara untuk gantikan John Beasley," katanya.

Dia, yang juga Naib Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), menegaskan perkara itu akan dimaklumkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan beberapa pihak yang berkepentingan dengan PKBM berhubung pelantikan High Performance Coach dan pemansuhan jawatan Pengarah Teknikal PKBM.

"Saya harap keputusan ini akan memberikan sinar baharu kepada pasukan trek berbasikal Malaysia. Saya tahu bukan mudah untuk cari pengganti sehebat John Beasley. Saya mesti tekankan bahawa PKBM sangat terhutang budi kepada John Beasley.

"Jasa dan budi John Beasley adalah terlalu besar. Memang benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Saya juga mesti tegaskan bahawa adalah sukar untuk gantikan John Beasley.

"Bagaimanapun, kita mesti move on. Kita mesti cari pengganti John Beasley. Kita mesti segera gantikan John Beasley. Dan, kali ini PKBM akan mencari seorang High Performance Coach daripada luar negara.

"High Performance Coach ini mestilah seorang jurulatih yang sangat ternama dan boleh membawa skuad trek negara ke tahap yang lebih dinamik dan bertenaga. Saya percaya PKBM boleh cari pengganti John Beasley," katanya.

Amarjit percaya Malaysia berpotensi untuk melahirkan pelumba bertaraf dunia seperti Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Mohd Rizal Tisin, Fatehah Mustapa, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.

Beasley secara rasmi menamatkan perkhidmatannya bersama skuad trek kebangsaan Malaysia pada 31 Oktober lalu selepas menyerahkan surat peletakan jawatan pada 1 Ogos lalu dengan notis tiga bulan.

Beasley mula bertugas dengan kem Malaysia sebagai jurulatih trek kebangsaan pada 1 Januari 2006. Sepanjang tempoh itu, dia melahirkan ramai pelumba bertaraf dunia seperti Azizulhasni, Rizal, Josiah Ng, Fatehah Mustapa, Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video