Skip to main content

Berbasikal

Piala Presiden: Izzah Izzati, Ridwan Sahrom sambar emas acara pecut elit individu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzah

Dalam saingan Kejohanan Trek ASEAN Piala Presiden Siri Pertama menyaksikan tonggak harapan kem berbasikal negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, masih 'dibayangi' rakan sepelatih, Nur Alyssa Mohd Farid, meskipun meraih emas acara elit individu wanita dengan catatan masa 11.185s (saat) dalam perlumbaan pertama dan 11.729s dalam perlumbaan kedua hari ini.

Terdahulu, olimpian negara itu tewas kepada Alyssa buat kali pertama ketika aksi final keirin dan terpaksa akur terlepas pingat emas tempoh hari.

Advertisement

Sekembalinya bagi saingan siri 2, Izzah sekali lagi terkesan dengan kepantasan Alyssa dalam saingan pecut elit ketika peringkat kelayakan.

Ini susulan Alyssa mengatasi catatan masa Izzah menerusi kelebihan satu saat, sekali gus menghadirkan tentangan positif.

Meskipun kayuhan cemerlang Alyssa terbantut ekoran kekalahan di separuh akhir, sebelum menamatkan saingan dengan pingat gangsa, pada ketika Izzah cemerlang dengan kilauan pingat emas dengan menewaskan Yeung Cho Yiu dalam perlumbaan penentuan emas pecut elit.

"Alhamdulillah hari ini rezeki saya, daripada segi masa saya perlu perbaiki lagi. Saya harap kemenangan ini boleh beri saya keyakinan dan semangat untuk kejohanan seterusnya.

"Hari ini kaki saya dalam keadaan selesai berbanding edisi lalu, untuk keirin esok saya harap dapat berikan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, Ridwan Sahrom melunaskan kekecewaan selepas terlepas kilauan pingat emas dalam acara pecut dan keirin sebelum ini apabila mempersembahkan pecutan emas di siri kedua.

Dia yang mesra disapa 'boy itu berdepan detik cemas dalam saingan akhir acara pecut apabila diberikan tentangan sengit wakil korea selatan, kim geunwoo sehingga perlumbaan penentuan emas.

Adik kepada olimpian negara, shah firdaus itu jauh dari bayangan fizikal terbaiknya ekoran tuntutan rohani — namun, masih mampu memperagakan persembahan terpuji ketika beraksi dibawah tekanan.

ridwan akur tersilap percaturan di perlumbaan kedua — dan kembali susun strategi kayuhan di perlumbaan penentuan emas untuk tepati ramalan raih pingat emas kedua peribadinya dalam acara sama selepas turut mengungguli saingan pada edisi tahun lalu.

14 hari tanpa latihan intensiti tinggi bukanlah alasan buat ridwan lesu di Velodrom Nilai, sebaliknya kata dua Shah Firdaus sebelum saingan jadi aspirasi emas buat Ridwan Sahrom.

"Saya bergelut untuk bermula selepas berehat Panjang selepas Sukan SEA. Saya ada buat kesilapan sedikit dalam perlumbaan kedua apabila berada di landasan pelumba Korea, sampai saya hampir terjatuh.

"Saya hanya focus untuk aksi ketiga, dalam pusingan terakhir saya teruskan kelajuan saya." tambahnya.

Must Watch Video