Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: POV Zain Saidin tonton Selangor malukan Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Zain

Artis terkenal tanah air, Zain Saidin, tidak melepaskan peluang bersorak gembira menonton kemenangan Selangor berpesta gol menewaskan Negeri Sembilan 5-1 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Petaling Jaya, semalam.

Menerusi hantaran di Threads, pelakon tempatan itu memuat naik satu video berkenaan 'point of view' (POV) menyaksikan aksi hangat itu yang penuh dengan warna-warni permainan dan reaksi penuh semangat daripadanya sebagai penyokong Gergasi Merah.

Advertisement

Kemenangan besar itu turut mengekalkan rekod kebal ketua jurulatih, Kim Pan-gon, kepada sembilan perlawanan berturut-turut selepas mengambil alih tanggungjawab itu awal bulan lalu (7 kemenangan dan 2 keputusan seri).

Selangor seterusnya akan berdepan Kuching City bagi penentuan ke final.

Must Watch Video