Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: PDRM elak kena belasah lagi, Teto Martin hadiahkan JDT kemenangan tipis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

PM

JDT 1 PDRM 0


Tiada kejutan berlaku di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) seperti yang diharapkan PDRM, namun Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak terlalu agresif dalam aksi timbal balik ketika melayani kunjungan Sang Sang Biru, sebentar tadi.

Advertisement

Beberapa peluang tetap dicipta sebaik babak pertama bermula, namun malangnya tiada sebarang gol berjaya dijelmakan kedua-dua pasukan sehingga tamat separuh masa pertama pertemuan pusingan 16 Piala Malaysia itu.

Bagaimanapun, kekebalan gawang pelawat akhirnya bolos jua menerusi rembatan Teto Martin dalam babak kedua untuk Harimau Selatan di depan dengan 1-0.

Serangan bertubi-tubi diatur JDT, namun tiada tambahan gol dapat disaksikan menyaksikan kedudukan 1-0 itu kekal hingga wisel penamat.

JDT sah ke slot suku akhir dengan agregat 11-1 untuk mengiringi Selangor dan Terengganu.

Topik Berkaitan

Must Watch Video