Impian menamatkan kemarau trofi buat Kuching City antara faktor yang mendorong kapten pasukan, James Okwuosa, optimis beri aksi terbaik menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan Selangor malam ini.
Untuk rekod, kali terakhir skuad The Cats hampir menjulang trofi adalah pada 2023 apabila mereka terpaksa akur selaku naib juara di saingan MFL Challenge Cup selepas tewas kepada PDRM.
Advertisement
Pemain kelahiran Nigeria itu turut mengambil pendekatan berwaspada terhadap barisan penyerang skuad Gergasi Merah dan menyeru agar rakan sepasukannya untuk kekal fokus bukan hanya pada 90 minit pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebelum aksi kedua di Kucing, Sarawak nanti.
"Kami teruja beraksi dalam aksi seperti ini, pasukan bersedia untuk aksi seperti ini dan kami cuba untuk berikan aksi terbaik.
"Saya rasa aspek serangan mereka sangat baik, kami tahu pemain mana boleh datangkan bahaya. Kami perlu tetap fokus.
"Kami tahu Selangor akan memanfaatkan beraksi di laman sendiri, tetapi ini bukan kali pertama berdepan mereka. Kami akan menjadi lebih profesional dan cuba mengikut strategi jurulatih." katanya.