Vietnam memberikan laungan sebagai peringatan siapa raja sebenar bola sepak Asia Tenggara apabila membelasah Indonesia 3-0 dalam aksi ketiga Kumpulan A, Piala Hyundai ASEAN di Stadium Pakansari, Cibinong malam tadi.
Ia merupakan kemenangan terbesar Vietnam di laman Indonesia dalam sejarah Kejohanan ASEAN biarpun tuan rumah membawa reputasi lebih besar sebelum sepak mula.
Nguyen Van Vi membuka jaringan seawal minit keenam sebelum Nguyen Hai Long menggandakan kelebihan itu pada minit ke-15 dan penyerang naturalisasi, Nguyen Xuan Son, menambah satu lagi gol dalam babak kedua.
Menariknya, penjaring kedua Vietnam, Hai Long, meraikan jaringannya dengan menunjukkan logo kejohanan berwarna emas di lengan kanannya ke arah kamera dengan riak muka yang seakan-akan memperingatkan penyokong lawan bahawa mereka adalah juara bertahan dan raja sebenar bola sepak ASEAN.
Video: