Kuching City yang membawa cabaran Malaysia buat kali pertama dalam sejarah akan turun berdepan Phnom Penh Crown menjelang perlawanan pertama Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), di Stadium Nasional Morodok Techno, Kemboja, malam ini.
Hadir selaku status naib juara Liga Super musim lalu, The Cats yang mencipta penampilan sulung di pentas Asia akan tampil dengan kekuatan sebenar sebagai wakil kedua negara selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) PHNOM PENH CROWN VS KUCHING CITY
Tarikh: 17 September 2026, Khamis
Saluran: Astro Arena Bola 803
Masa: Bermula 8.05 malam
Venue: Stadium Nasional Morodok Techno, Kemboja